LONDON - Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru,Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.
Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.
"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.
Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.
Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.
Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.
Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki.
Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup. - Agensi
by:kosmo online
2 comments:
anda telah ditagged contest.silabuat.
http://shaofie.blogspot.com/2010/12/contest-into-mirror.html
baek!!!
Post a Comment