SEBAGAI PERINGATAN ~~
Kepulan asap tebal (volcanic ash)yang berarak daripada Iceland terus menyelubungi ruang udara eropah melumpuhkan industri penerbangan di beberapa negara di Eropahterutamanya Belgium, Denmark, Republik Czech, Estonia, Finland,Hungary, Netherland, Switzerland, Perancis (sebahagian), Jerman(Sebahagian), Itali (Sebahagian), dan beberapa negara Eropah yg lain.Asap ini dikatakan boleh merosakkan sistem enjin pesawat dengan menghentikan serta merta enjin pesawat
tersebut sebaik sahaja dimasukioleh asap ini.
Lebih 17, 000 penerbangan keluar / masuk negara terlibat terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
FirmanAllah (maksud):"Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiriitu?" [41] "Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak" [42]"Serta naungan dari asap hitam," [43]"Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan." [44]"Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)." [45][Al-Waqiah: 41-45]
Dari Hudzaifah bin Asid Al-Ghiffari ra. katanya:Rasulullah saw.melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya"Apa yang sedang kalian perbincangkan?". Jawab para sahabat,
"Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat".
Sabda Beliau,
"Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: 1.Ad-Dukhan(asapatau kabut), 2. Dajjal(Si penipu besar), 3.Dabbah(binatang melata),4.Matahari terbit di barat, 5.'Isa anak Maryam a.s turun,6.Ya'juj danMa'juj, 7.Gerhana di timur, 8.Gerhana di barat, 9.Gerhana di Jazirah'Arab, 10.Api menyala di yaman menghalau umat manusia ke mahsyar(tempat berkumpul) [H.R Muslim: Hadis No.2466]
bersyukur diberikan peringatan oleh saudara sesama islam bg mengingati hari kiamat
No comments:
Post a Comment