Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu
Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan Cinta Yang Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yang Dianugerahkan Itu Sebaik-Baiknya Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim.
Kita hanya memulakan sesaat untuk mengenali seseorang... seminit untuk menyukai seseorang... sehari untuk mencintai seseorang... namun kita memerlukan masa yang lama untuk melupakan seseorang... .
Kata pujangga Hamka, "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.''
Renungan kata-kata... .."tak perlu mencari teman secantik balqis, andai diri tak sehebat sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat hajar. Mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirimu...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangannya sebagai satu keunikan dan carilah kebaikan pada dirinya...Bersyukur lah dipertemukan dengannya berdoalah semoga dia milikmu selamanya... ...
Minat bkn bererti cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bererti cinta dan suka juga tidak serasi dgn cinta, malah sayang juga bkn bererti cinta..tetapi CINTA adalah CINTA
Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yg tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian utk menyatakan cintamu kepadanya
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga..Kerana bunga akan layu bila akhir musimnya..
No comments:
Post a Comment