Tuesday, June 28, 2011

take sometime to read this.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

Itu bukan bermakna dia lemah,

Tetapi dia sedang mencari kekuatan

Untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

Tapi percayalah, itulah maknanya

Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

Semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

Dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

Tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

Bukan untuk dirinya,

Tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

Bukan bermakna dia tidak sayang..

Tetapi dia terlalu sayangkan anda

Dan masih menganggap anda anak kecil

Yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

Jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

Atau hadiah sedozen,

Tetapi cukup dengan perhatian

Yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

Bukan hanya hadir dari kata-kata

Tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

Dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

Jangan percaya kata-katanya

Kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

Walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

Tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

Tapi dia mahu melihat

Sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

Percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

"the ones that love us, never really leave us "



sumber : http://www.sjiehan.com

Monday, June 27, 2011

different between goodbye and letting go.

there's a difference between GOODBYE and LETTING GO.GOODBYE is "i'll see u again when i'm ready to hold your hand,and when you're ready to hold mine".LETTING GO is "i'll miss you hand.i realized it's not mine to hold,and l will never hold it again"
taken from FATIN ALIAH.

so im considered myself as im LETTING GO.

Saturday, June 25, 2011

Friday, June 24, 2011

Thursday, June 23, 2011

kalian yang terbaek yang pernah aku ada.

Kalau satu hari kau menangis , bagitahu aku , aku takjanji nak buat kau tersenyum , tapi aku boleh menangis bersama kau :')
Kalau satu hari kau ada masalah , kau bgtahu aku , aku takjanji nak bagi penyelesaian , tapi kau boleh kongsi dengan aku :')
Kalau satu hari kau nak pergi berjalan , bagitahu aku , aku takjanji nak halang kau tapi ...............aku boleh teman kau :')
Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau , aku janji aku akan ada untuk kau :')
Tapi kalau satu hari kau perlukan aku , dan aku tiada , mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku :')

Wednesday, June 15, 2011

sumpah rindu.


sungguh ilmu agama aku cetek.

sesungguhnye melembutkan suara kepada lelaki bukan muhrim adalah haram
sekiranya suara itu boleh membuatkan lelaki ituh naek ghairah.

mudah-mudahan aku bukan terdapat dalam golongan ini.

Tuesday, June 14, 2011

waiting is hurt.

I’m waiting for my phone to ring and I’m like

finally, it vibrates and I’m all like

I have a new text and I’m like

I see that it’s not from you and I’m like

Thursday, June 9, 2011

maaf la,saya x sengaja.

saya cuma bergurau
x sangka awak amek seis.
SAYA MINTAK MAAF.

Friday, June 3, 2011

aku dah x kenal hati sendiri.

HATI DAH TIDAK TAU UNTUK RASA APA.

HATI MEMAINKAN PERASAAN DIRI.

HATI MEMAINKAN AKAL DIRI SENDIRI.

Thursday, June 2, 2011

mata kau pon turut tersenyum.

bila aku ada disisi,
kau buat x nampak jeh,
bila kita diri bersama,
kau langsung x pandang,
bila aku terpandang kau,
kau lempar senyuman bukan hanya dibibir tapi juga di lirik mata,
bila aku ada dihadapan,
kau buat2 nk tendang aku,
bila aku mula nk mula keja2 memanjat,
kau nasihat supaya hati-hati,
dah cukup untuk aku buat2 x gayat dan buat2 berani,
bila aku dah siap keje dan aku mulakan langkah untuk turun,
kau campak lifejacket yg menyesakkan dada tuh,
bila aku mula buat muka dan buat perangai,
kau pandang terus marah,
aku ambil langkah trun tangga curam,
kawan kata kau kelihatan sungguh risau,
kau perhati setiap langkah aku,
alah kau jgn sweet sgt lah,nnt aku caer susah nk beku nnt.
aku doakan kau berjaya untuk jadi kapten kapal ea.
amin.