Saturday, October 30, 2010

diam lagi baek dari bercakap x tentu arah

lebih baek diam




kali nie nak post lagi pasal makanan










sila jgn ngencis diblog sy. nmpak menarikknnnnnn??semua faveret,sedap dan enak. tp x semua leh terima menu nie sbb mungkin ader org ske makanan yg masin masin pedas. dan semua hidangan nie boleh dapat kat SUSHI KING. semua boleh menu yg ader kat SUSHI KING boleh dimakan kecuali sushi yang berasaskan belut. knn besh kalo ader yg sudi nk belanja mkn semua nie,mkn tanpa perlu pikirkn bil akan harus dibayar pas makan.mungkin 1 hari nnt..



Wednesday, October 27, 2010

resipi ikan siakap stim anak dara


bahan-bahan:

ikan siakap,boleh dapat dipasar raya terkemuka.
tips:nak tau ikan segar tgk mata,tp kadang2 kn mata tu menipu sbb ikan zaman skung pandai pakai lens,so korang tgk insang dia k,kalo x tau insang kat mn sila google it.tgk insang dia mseh merah atau pon lebam.kalo merah maknenye ikan maseh berada dlm tahap segar.kalo lebam tu korang cr jeh ikan laen ok.

bahan-bahan kuah:
1. bawang merah hiris kasar2.
2. bawang putih hiris kasar
3. halia seinchi.(agak2 jeh x yah gne pembaris ok)
4. serai titik2 jeh
5. cili padi
6. tomato

langkah-langkah nya:
1.bahan-bahan kuah ditabur ke atas ikan siakap.
2.kukus ikan sampai agak2 ikan dah masak
3.akhir sekali kte dah boleh hias utk santapan ramai.




tadaaaaa...

ikan siakap stim anak dara
presentation boleh ikot ske hati,letak asparagus mmg umpph..


selamat mencuba!!!



nota kaki: masakan adalah mudah,tutup mata pon boleh buat.bajet sekitar rm10 untuk 4 org mkn.makanan adalah sehat sbb x de penggunaan minyak.sumber protein dlam ikan,serat dlm asparagus.yang penting sedappppp..

Sunday, October 24, 2010

saya cinta awak sebab awak cumel


i love u. why??
awk cantik? (:-8)
awk baik (iskh...tlglah)
awk lemah lembut (mak aih,xda maknanya)

no reason! tadak sebab!!!!

kerna kalau ada sebab sy syg awk bila sebab tu dah xda sy xkan syg awk lg..

saya copy status ni dari fb..sweet knn..zaman skung pun lelaki pandai bermadah pujangga,nak satuuu..hahahha...maksud status ni;
sayang kepada individu tuh x perlu sebab kerana apabila sebab itu tiada maka tiada lagi cinta antara individu itu..bru terpikir yg cinta senarnya x perlu sebab,x perlu alasan..kita hanya mencintai dia seadanya bukan kita cinta kerana dia hensem atau dia cumel atau dia cntek..ops!! propa sgt..cinta cinta cinta..cinta tu subjektif yang bergantung pada cita rse masing2,sy pernah mengutarakan ciri pilihan sy,sy jge pernah bercinta sy juga pernah putus cinta dan sy pernah merasa seorg dan sy pernah merasa merana semua kerana cinta terhadap lelaki. cinta ni indah kalo x indah x kn la ader org ckp cinta tu diibaratkan seperti makan smbal belancan,smbal belacan syok ooo mkn ngan nc panas2..even pedas sambal belacan tuh boleh buat kita nanges tp kita tetap mkn smpai habes..*kata org melayu noks,smbal belacan x leh dipisahkan...gelik pulak ckp pasal cinta..kte hanya perlu berjalan mengikut arus arah kehidupan biar la ia terjadi dengan keredhaan ALLAH.

ya ALLAH sekiranya dia jodoh ku yg kau telah tetapkan dan yang terbaek untuk ku,kau dekat kan dia dengan diri ku dalam keadaan yg tidak melanggar agamamu,sekiranya dia bukan jodoh yg kau tetapkn kepada diri ku,kau jauh kn la dia dr diri ini semoga tiada hati yg luka. AMIN..

gambar hiasan.*mata yg berjaya menyembunyikan perasaan sebanar hati,bibir maseh mampu menguntum kn senyuman.

tinggi sungguh darjat wanita itu disisi ALLAH

keistimewaan wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat wanita itu lebih penyayang daripada lelaki.Sabda Rasulullah saw : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah swt dan orang yang takut akan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Haid seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haid dia membaca Alhamdulillahi' alaa kulli halin wa astaghfirullah (segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah daripada segala dosa) , maka Allah akan membebaskannya daripada neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman daripada seksa, bahkan Allah akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

4.Seorang wanita yang taat pada suaminya(serta menjaga solat dan puasanya) , semua ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredainya.

5.Allah swt akan memasukkan setiap wanita yang membantu suamniya dalam urusan agam ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

6. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada uratnya akan dikurniakan Allah satu pahala haji.

7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hungga cukup tempoh ( 2 1/2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

8. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya.Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkat 1000 darjat untuknya.

hanya gambar hiasan semata-mata

gadis yg sgt manja dan suka diberi perhatian yg sgt tinggi

Sunday, October 17, 2010

resipi tom yam anak bujang


resipi:

bahan mentah:bunga kantan,tomato,bawang,halia,daun limau purut n limau nipis

bahan basah: sotong (boleh pilih haiwan laut yang laen)

kulat aka cendawan (bahan leh tukar ngan cendawan lain,x nk letak pon x pe)




tadaaaa...

ni lah hasil nya,menarik bukan..nyum nyum nyum!!

chef n co chef terdiri dr:

chef 1: auji,tukang masak n tukang potong

chef 2: zati aka momo,tukang basuh cendawan dan tukang gadoh dgn chef 1

chef 3:ipin kof kof & ucop,tukang basuh pinggan dan tukang beli air
sy tukang amek gmbar dan tukang basuh sotong

hasil dari idup stress di ukm sebagai student!!!