Showing posts with label ilmuan. Show all posts
Showing posts with label ilmuan. Show all posts

Friday, July 29, 2011

ini kisah benar.

hanya ingin berkongsi cerita.ini kisah benar.hari ini,hari jumaat kerja separuh hari,pukul 2 30 ptg abah ambik dekat JLWS,punggah barang semua.start kereta balik la knn,ape ag nk tggu.dalam perjalanan ader monyet terlantar dekat tgh-tgh lane highway. seekor monyet ag aku rasa kawan dan teman dia gerak dengan pantas tnpa pikir keselamatan dirinya,telah melintas untuk selamatkn kawan yg terlantar dengan wajah sayu dengan mengharapkan pertolongan.kawan yg hendak menghulurkan bantuan tidak semena-mena telah dilanggar oleh lori yang mengakibatkan kepala terputus dari badanya.badanya sempat terketik2 menggambarkan kesakitan. kawan yg maseh hidup dan maseh terlantar ditengah lane mungkin sedang sayu dan menitiskan air mata. sahabat nya mati dilanggar disbbkan dirinya.sedangkan binatang tahukan perasaan sayu,sedih ape ag manusia yang cukup sifat dan dikurniakan akal dan perasaan kn.

kawan-kawan,aku bukan nya baek dan sempurna.sebab tuh aku perlukan korang untuk kte sama-sama bangun ketika kte jatuh dan sama-sama berganding bahu menuju kejayaan. aku bukan nk sgt sibuk hal korang tp aku rse bertanggungjawab untuk menegur sekiranya korang sedang melaku kn kesalahan.aku bukannya nk ckp aku baek,aku perlukan korang jugak untuk menegur. aku x nk kawan-kawan aku rse kesakitan yang pernah aku rasa.tp sekiranya kesakitan dan kejatuhan itu akan membuatkan korang sedar dan berfikir aku harap ia terjadik.
aku jugak x nak ini terjadik bila kau dah terjatuh tersungkur baru kau sedar yg yang mana tuba yang mana madu.aku tidak mengharapkan aku menjadi madu. tp aku x nk aku menjadik kawan yang akan bercakap "kan aku dah ckp dulu" aku juga ada disini bila kau perlukan aku.aku tidak kemana-mana. aku sanggup gadaikan nyawa untuk kau sahabat.



*menitis air mata masa type post nie.bukan bermaksud aku suci.aku cuma tersentuh dan sedih.

Thursday, April 14, 2011

cinta ikhlas yang diidamkn berlandaskan agama

ALLAH hamba ini harap jgn dihadirkan ujian pada ku untuk menguji kesetiaan ku pada bakal imam ku

ALLAH hamba ini letih yg datang hanya menganggu dan menggugat kesetiaan ku pada bakal imam ku

ALLAH hamba ini pohon hindar lah cinta nafsu yg menjejas kan mahar buat bakal imam ku

ALLAH hamba ini tidak mampu menempuh bila hati ini ENGKAU gerakkan kasih pada yg bukan halal bagi ku

ALLAH hamba ini tidak mengetahui siapa bakal imam ku oleh itu permudahkan lah diketemui agar tidak berlaku kasih atas nafsu ...

ALLAH hamba ini ketahui sayang kasih itu fitrah ku namun hamba ini pohon biar kasih dan sayang ini ENGKAU tempatkan pada yg sepatutnya yg telah ditentu oleh mu ....

ALLAH hamba ini akan merasa seribu penyesaln jika tersalah kasih diberi ...MAAf KAN KU WAHAI BAKAL IMAM KU .... kemungkinan ujian utk ku sblm sampai kasih mu ....

ALLAH BERILAH KEKUATAN UNTUK KU TERUS SETIA MENANTI BAKAL IMAM KU YG BAKAL MENJELMA DALAM HIDUP KU....

Monday, June 14, 2010

fakta ke auta??

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

nota kaki: copy dr http://fahmie-lifestyle.blogspot.com..nk berkongsi je kat kawan2 semua...pas bce tepuk dada tnye ilmu k..