Thursday, September 30, 2010


1st look


2nd look


nota kaki:ini hanya gambaran design fesyen sy,busan dan lame tp ader la org yg ske.

Tuesday, September 28, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. kadang2 lelaki x perlu pujuk,cukup la hanya mendengar rintihan dan luahan hati.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.let her think what is actually happened between u n her.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. btol btol btol.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! blushing blushing blushing.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.sbb malu!!!

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. aku x nak!!!

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.setujuh!!! tbe2 malu ngan tindakan bodoh sendirik

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.besh!!!!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, September 25, 2010

kau cantik tp bukan untuk disentuh

kau tinggi di atas sana
kau bercahaya
sinar mu disimbah kan ke seluruh alam
malam ini kau sungguh cantik
aku bersyukur
kerana peluang maseh ada
untuk aku merasai keindahan itu

tinggi sangat kedudukan mu
kau indah
kau berseri
kau sungguh menawan
aku puja akan keindahan itu
tp,,
tidak terjangkau kudrat untuk memiliki mu

kau tetap disitu
indah ditemani bintang-bintang kecil
cahaya menyinari
aku cinta akan diri mu bulan.

ini mmg bulan sy,sy cinta akn bulan sy

gadis dan bunga


Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...

nota kaki: ini lagu ye kawan2 by rahimah rahim(penyanyi singapore) sila guna hikmat youtube tok dgr lagu nie.menarik sgt!!

gadis ( gambar hiasan )

bunga

tp saya x suka sgt dengan bunga
saya suka bulan.

Thursday, September 23, 2010

impian dari dulu nk buat

cerita yang bakal ditulis nie gedik sikit,kalo rse x nk bce or geli jgn terus kn,tkot nnti muntah, INI SERIUS!!

1. dari darjah 6 aku terfikir kn benda nie,iaitu nk pilih one person pastu bawak masuk lab,then mau bedah manusia dengan harapan manusia tuh x mati sebab aku nak suruh dia makan something then nk tgk proses yg mcm kita belaja bio kat sekolah tuh. kalo x silap pencernaan. nk sgt buktikan yang ape yg kita belaja tuh mmg jd..tp kawan2 kata impian ini x kn menjadi malah MUSTAHIL.ok noktah.sila la ckp aku gila.


x cukup bijak la nk jd dr. x pe,insyaALLAH jd dr ikan..

2. impian ke.2 nie cm benda yg romentik sikit.so ini rahsia.


aku sgt suka bulan.

3. impian nie baru dicipta sejak kapel dulu but then x sempat sbb dah clash..haish..tp x pe la,impian nie mungkin akan dpt dilaksanakan utk my next coming prince charming,ada ke?hehehhe..we don't know kn what would happen next.berdoa je la.ok sambung dengan impian nie iaitu nk sgt sokong dia bersukan means x kisah he play any sport pon mcm cth nye futsal ke,olahraga ke,x kisah la,anything.aku juz nak duduk tepi pegang tuala n air mineral jeh smbil kipas2 diri,panas kn.pastu nk duduk diam2 jeh n tgk.sweet x aku??hehehe..


lebih kurang cm nie la tp cm ag sopan dan sweet


Wednesday, September 22, 2010

Pesanan Untuk Orang Cantik

alt

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!


Tuesday, September 21, 2010

mencarut tu maenan mulut ke??

ok aku rse kau dah lebih batas
aku tau aku salah,tp kau x de hak nk maki aku demikian rupa
aku ske kawan ngan kau
tp agak2 la kalo nk maki aku
aku x kisah,tp aku rse i can't take it anymore
last aku terasa
seis aku rse ag saket dr ditggl bf
sbb kau kawan aku
ye kau kawan aku
tp x tau la kalo aku nie paranoid or pemikiran kuno
tp seis aku ckp aku terasa